Sudut Tepi

Selesa di sini.

Lidah Bercabang

with 5 comments

Lidah Bercabang
Lidah Bercabang
Lidah Bercabang
Lidah Bercabang
Lidah Bercabang

Bye

Written by tongah mencari arah

Ogos 16, 2009 at 10:28 am

Dikirim dalam Uncategorized

10 kebencian

with 10 comments

Aku benci cara kamu.
Sebab cara aku sedikit lebih baik.

Aku benci lagak kamu.
Sebab aku merendah diri.

Aku benci pemikiran kamu.
Sebab aku rasa cara pemikiran kamu salah.

Aku benci cerita lucah kamu.
Sebab aku rasa malu dan jijik dengan kelucahan didepan mata.

Aku benci suara-suara kamu.
Sebab aku ingin berehat.

Aku benci lurah punggung kamu;
Sebab aku juga lelaki.

Aku benci kekawanan kamu.
Sebab kamu memandang rendah orang lain.

Aku benci perubahan kamu.
Sebab aku disakiti.

Aku benci kamu.
Sebab aku terlalu pentingkan kamu.

Aku benci.
Aku benci, benci, pada dirimu…

Ini luahan jari-jari aku untuk masa sekarang. Aku rasa banyak lagi, tapi ini saja yang termampu untuk masa ini. Aku kah yang bermasalah kerana mempunyai perasaan benci.

Ini bukan tag atas permintaan sesiapa, tapi kalau ada yang nak menyatakan kebencian, silakan. Sebarkan kebencian hahaha. Macam lahanat je ayat aku. Pandang dari sudut positif. Kebencian orang lain boleh dijadikan ingatan untuk kita. Elakkan kebencian orang lain. Benci!!!

Written by tongah mencari arah

Oktober 11, 2008 at 10:36 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tak tau tajuk

with 13 comments

Hari-hari aku buat benda sama. Dah naik muak aku. Satu sesi praktikal yang sangat membosankan.

Tugasan yang diberikan aku rasa tak berapa sesuai dengan seorang pelatih industri. Tapi apa yang mampu aku buat. Terima sajalah. Terpaksalah aku mengambil tempat sebagai ‘pekerja tetap’ di situ, tetapi dengan bayaran sebagai seorang pelatih industri. Bayaran pekerja-pekerja yang diimport dari luar juga lebih tinggi dari aku. Tak guna betul. Pengalaman? Aku rasa pengalaman yang aku dapat tidak mungkin dapat menarik mana-mana syarikat untuk menerima aku bekerja.

Biaq pi lah. Tinggal sebulan lebih je lagi. Kat sini biasalah kan. Macam-macam ragam manusia ada. Ada yang tak sudah-sudah tulis rantaian nombor dalam buku harian, ada yang tak sudah-sudah menggoda pekerja perempuan untuk dijadikan teman tidur, ada yang tak sudah-sudah mem’bluetooth’ video-video panas dari satu hp ke satu hp. Entah mana diorang dapat sumber aku pun tak tahu.

Biarlah manusia dengan perangai mereka itu. Pagi ini semua pekerja lelaki seakan memberontak. Supervisor memberi amaran kepada semua pekerja agar jangan merokok di dalam tandas atas sebab-sebab keselamatan. Mahu tak mahu mereka terpaksa mengikut arahan, tapi dengan sumpah seranah yang tak lekang langsung dari mulut diorang. Larangan merokok nampaknye berjaya untuk hari pertama. Tapi aku tak berapa pasti kalau lepas ni ada larangan-larangan lain. Tengahari aku masuk dalam tandas, ada satu pintu bertutup. Aku dengar bunyi suara. Aku yakin itu bunyi dari hp, mungkin lagu atau ringtone. Aku masuk pintu yang sebelah. Bunyi suara tadi makin jelas aku dengar. Tiada melodi (maknanya bukan lagu), tapi terus berpanjangan (maknanya bukan ringtone).

“Aaahh..Aaaahhhh…Yeahh…Aaahh..Aahhh…” Ahhhh….sudah….Benda itu rupanya. Aduhai, aku terkejut gak bila dengar bunyi tu. Macam lah takde tempat lain nak melayan benda tu. Tak sabar-sabar sampai tak sempat balik rumah. Dalam tandas tempat kerja pun jadi. Apa punya manusia lah ni. Sampai hari ini aku masih tak dapat tangkap siapa dia. Kalau aku dapat, aku buat poster nanti. Tulis kat situ, “Dilarang membawa telefon bimbit ke dalam tandas!!!” Aku pulak yang naik segan dan geli dengan perangai pekerja-pekerja di sini. Tak memupuk nilai-nilai murni langsung. Di manakah moral mereka?

Written by tongah mencari arah

Ogos 26, 2008 at 5:17 am

Dikirim dalam Uncategorized

nananananak tutututulis balik…

with 6 comments

Lama gak aku tak menulis. Aku rasa tangan aku dah tak selancar dulu. Dah tergagap-gagap je jari ni. Biaq pi lah. Aku dah bosan dengan keadaan sekeliling aku. Aku nak menulis semula.

Apa topik hangat kat arena blog ni sekarang ye. Aku pun dah lama tak membaca. Keletihan dan stress buat aku jadi malas nak membaca atau bertandang ke blog-blog lain. Aku tertekan dengan tempat aku praktikal. Ada saja yang tak kena. Mungkin sebab aku sekadar penumpang kat situ. Tapi aku masih manusia dan punya kudrat yang terbatas.

hehehe… Starting da nak emo. Tak senonoh betul.

Written by tongah mencari arah

Ogos 23, 2008 at 7:09 am

Dikirim dalam Uncategorized

Everything I Can’t Have

with 23 comments

Aku sedang dalam mood kebosanan dan kurang daya berfikir pada waktu ni. Atau lebih tepat lagi otak aku sedang membeku. Tapi, demi memenuhi tuntutan dan tanggungjawab pada sudut ni, aku nak post gak satu entry. Entry ni sangat tidak berpengisian dan tidak langsung boleh dijadikan iktibar atau pedoman. Entry yang sangat ringan, sila renggangkan otot serta bayangkan anda sedang high ketika membaca entry ni. 1, 2 ,3. Mula!! –

Aku tak suka dengan kondisi seperti ini. Setiap detik dan saat aku cuba cari jalan keluar dari kebekuan ini. Sambil-sambil tu lah aku terfikir beberapa cara yang aku tak tau tahap kebernasannya.

Satu ketika aku tengah main game counter-strike. Aku rasa otak aku bergerak cukup pantas untuk mencari cara mencapai kemenangan. Disebabkan aku berlawan dengan kawan-kawan yang beberapa tahap yang lebih cekap dari aku,aku jadi pantas berfikir. Cair otak aku, hilang kebekuannya. Ke kiri ke kanan, ada saja cara yang aku cuba lakukan untuk mengelak dari kekalahan. Tapi aku tetap kalah. Lepas tu otak aku jadi beku balik. Huh!!

Satu malam waktu aku melepak di kedai mamak. Dengan berteman kawan dan secawan teh tarik. Aku mula memikirkan keadaan sekeliling dan cuba berlagak bijak serta berpengetahuan. Berfikir tentang itu, berfikir tentang ini. Komen sana, komen sini. Macam-macam yang aku fikirkan ketika itu, tapi yang jelasnya skop pemikiran aku tidak seluas mana. Otak aku tidak cukup cair untuk berfikir dan menerima dunia yang lebih besar. Huh!!

Waktu prima aku menonton tv. Seperti biasa, ia adalah masa tengok berita. Pelbagai berita dihidangkan membuatkan aku menggunakan otak untuk menerima dan mengulas dalam hati tentang kebenaran, factor dan implikasi dari situasi yang diberitakan itu. Terkadang keluar sedikit komen yang spontan dari mulut aku. Kadar kebekuan otak aku berkurangan ketika itu. Tapi ia tidak kekal lama. Bukannya sepanjang satu jam berita memerlukan otak aku berfikir, berita yang selebihnya hanya memerlukan reaksi spontan seperti “Oh ya, begitu rupanya,”-“La, itu je?”-“Hahahahahahaha”-“Gol!!!!!!!”. Maka otak aku akan kembali beku selepas tamat berita. Huh!!

Waktu lapang aku melayari internet. Pelbagai iklan dan gambar-gambar keluar di skrin. Seperti biasa, unsur-unsur eksploitasi terhadap wanita (lama tak guna ayat ni, tak tau betul ke salah) sangat meluas. Dengan aksi separuh panas atau lebih sedap disebut hawwtttt, gambar-gambar boleh menjadi penjana otak aku untuk bergerak. Pantas, kadar kecairan otak aku terus meningkat. Mula dengan imaginasi-imaginasi melebihi tahap seorang arkitek atau pelukis. Stop!! Jangan teruskan, ini penyahbekuan otak dengan cara yang salah. Aku tidak redha. Cukup setakat ini. Huh!! –

Aku dah puas merepek. Tapi aku masih tak dapat memilih mana satu cara yang terbaik menyahbekukan otak aku. Tolong aku –

Yes!! Dah update!!

Written by tongah mencari arah

Mei 20, 2008 at 7:27 am

Dikirim dalam Uncategorized

Gelak dalam hati

with 28 comments

Lepas sorang, sorang kawan-kawan seangkatan aku mengangkat kaki. Semua dah berjaya lepas dugaan dan cabaran sebagai seorang pelajar. Aku saja yang masih merangkak-rangkak dalam gelap nak cari haluan yang lebih tepat. Sekarang baru aku nak menyesal, dulu tak ingat masa depan. Tapi takpe, aku bukan nak post entry emo hari ni. Aku cuma nak ucapkan tahniah kat kawan-kawan aku semua. Semoga korang semua dapat kerja bagus-bagus dan tak lupa aku. Ha, kepada si Azrul yang bijaksana, aku booked kau punya gaji first. Aku nak nasi telur berlada, 1901, sausage Bkt Tinggi dan roti canai. Safe sikit gaji kau untuk aku. Ingat tu Azrul. Kepada yang lain-lain, kalau sudi nak sumbangkan gaji untuk aku pun boleh (Bulus dan lain-lain). Sila contact kat e-mail aku tau hehehe –

Aku rasa aku dah terdesak sangat nak cari tempat praktikal. Dah berkurun aku try cari, tapi tak dapat-dapat. Apalah malang nasib aku. Kalau tak dapat tempat praktikal, tak graduate la aku jawabnye. Hari-hari aku pikir pasal ni. Buntu dah aku-

Aku keluar pergi kedai, otak aku masih bingung pasal praktikal. Aku nampak sorang awek ni nak masuk kedai. Dari liuk lentoknya aku rasa aku kenal chaa ni. Aku cuba mengingatkan nama dia. Ya, nama dia Nani. 80% tepat aku rasa. Aku ikut ekor dia (mengekori) masuk ke kedai, tiba-tiba dia hilang. Aku pusing satu kedai tu nak cari dia. Sebab utama aku bukan nak mengorat, tapi nak tanya pasal praktikal. Dia ada sama-sama dengan aku masa praktikal 2 minggu lepas. Aku nak tau apa keputusan dia. At least, aku nampak dia kat kaunter. Aku terus tanya dia.

Aku : Weh, kau dapat ke praktikal tu?
Nani: Praktikal? (muka pelik)
Aku : A’ah, yang haritu tu…
Nani: …… (muka blur)

Aku menyeluk saku aku. Kiri. Kanan. Argghh… Tak bawa. Aku cuba cari handphone aku. Then, aku terus bayar dan jalan.

Aku : Sorry erh, salah orang.
Nani: (senyum sinis)

Aku dah salah orang. Malu gila aku rasa. Aku cari handphone tu sebenarnya nak cover line. Konon-konon aku tengah bercakap dalam telefonlah. Minah tu da senyum tak sudah. Nasib baik aku pakai helmet. Aku harap dia tak cam muka aku. Tapi aku tak kira. Dia tetap Nani. Aku taknak mengaku aku salah orang.

Written by tongah mencari arah

Mei 12, 2008 at 5:44 am

Dikirim dalam Uncategorized

Luar kawalan minda

with 12 comments

Berfikir sebelum bertindak, itu satu ungkapan yang selalu kita dengar dan amalkan. Setiap gerak-geri yang akan kita lakukan akan bermula dari akal fikiran kita. Tidak kiralah spontan atau disengajakan, semuanya bermula dari minda yang mampu mengawal tindak-tanduk kita. Aku bukan seorang pakar dalam bidang tingkah laku manusia, tidak juga pengkaji gerak-geri orang-orang di sekeliling aku. Tapi, mengikut pendapat aku, perlakuan manusia biasanya dipengaruhi oleh perasaan atau emosi mereka ketika itu.

Kalau kita perhatikan, apabila seseorang itu gembira atau senang hati, mereka akan sendirinya tersenyum atau ketawa. Begitu juga jika seseorang yang dalam kesusahan atau sedang menghadapi masalah. Kita dapat lihat dari riak muka yang muram atau mungkin juga menitiskan air mata. Tindak-tanduk manusia tidak hanya terbatas pada riak wajah atau bahasa badannya. Aku pandai-pandai mengkategorikan kata-kata atau luahan dalam tindak-tanduk manusia sebagai reflek dari emosi mereka.

Aku bagi contoh di sini, bila seseorang itu menemui kawan atau kenalan, biasanya dengan sendiri dia akan menyapa atau memberi salam. Seperti entry aku yang sebelum ini, ia seperti tindakan yang sudah biasa diamalkan dan menjadi fitrah kepada kita manusia. Jika kita sayang akan sesorang, kata-kata yang akan diluahkan sudah pasti saya sayang awak atau I love U. Banyak lagi contoh-contoh lain termasuklah makian atau cacian yang lahir dari emosi marah dan kurang senang –

Ada ketikanya, minda kita tidak dapat mengawal tingkah laku dengan sebaiknya. Ekspresi atau tutur kata yang diluahkan langsung tidak kena dengan keadaan. Mungkin ketika itu minda mengalami masalah atau kurang tumpuan. Atau mungkin juga terlampau tumpukan satu perkara yang lain. Aku tau, perkara ini jarang berlaku atau mungkin susah sangat untuk berlaku. Tapi harus diingat, manusia pasti pernah melakukan kesilapan.

Malam tadi aku pegi McD. Niat utama nak try Mega Mac. Burger yang lebih sikit dari basa. Aku teruja dengan burger yang berlapis-lapis ni. Aku hilang tumpuan seketika. Aku rasa kesemua deria aku tertumpu pada daging yang bertingkat-tingkat kat burger tu. Sebelum gigitan pertama, aku baca doa. Hmmm. Tumpuan dah hilang, minda tak terkawal. Yang keluar adalah doa penerang hati. See. Manusia selalu melakukan kesilapan. Kerana sebiji burger pun boleh hilang akal.

Written by tongah mencari arah

Mei 9, 2008 at 12:31 am

Dikirim dalam Uncategorized