Sudut Tepi

Selesa di sini.

Terlalu cinta

Komen anda »

Lelaki ini yang terlalu menyinta~~

Tiba2 lirik tu masuk dalam lubang telinga aku dan buat aku rasa kurang senang. Lelaki terlalu menyinta. Aku tak pasti apa maksud sebenar dalam lagu tu. Tau kan lagu siapa. Siapa lagi kalau bukan Anuar Zain. Betulkah ejaannya. Pedulik pula aku -

Apa jadi kalau lelaki terlalu menyinta. Adakah si lelaki akan hilang sifat lelaki. Sifat2 keras, tegas, ganas dan sebagainya akan terkakis sikit demi sikit. Sifat2 ni orang lain yang menilai. Subjektif. Sukar didefinasi atau dideskripsi. Yang pasti bagi aku, sifat2 tu takkan hilang cuma terlindung dek sifat2 seorang pencinta. Aku pasti. Itu lah realitinya. Betul ke bila terlalu cinta kita sanggup buat apa saja. Lelaki!! Betul ke? Betul. Itu jawapan lelaki yang sedang terlalu menyinta. Tak mungkin semua benda dapat dipenuhi. Tak semua hati dapat dipuaskan. Kita manusia. Apa yang termampu itulah tahapnya -

Pernah aku lihat lelaki jadi manja, jadi sensitif dan macam2 lagi lah. Orang lama2 kata, pijak semut pun tak mati. Betul lah kan, ajal maut di tangan tuhan. Pijaklah sekuat hati. Kalau belum masa, takkan mati kan. Kalau jadi terlalu sayang atau ambil berat. Perlukah jadi begini. Perempuan suka begini? Kita tanya pendapat permepuan nanti hahaha. Aku tak nak kategorikan sifat2 ni sebagai hipokrit atau pura2. Aku pasti ni reflek dari perasaan terlalu cinta -

Aku, bila terlalu menyinta. Aku jadi jijik dengan diri aku.

Written by tongah

April 28, 2008 at 11:00 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Diari?

Komen anda »

Bosan? Satu perkataan yang penah aku gunakan menjadi satu entry dalam blog terdahulu. Sebenarnya aku sendiri tak paham kenapa aku gunakan perkataan tu. Pada mulanya aku bersemangat nak update tapi tiba2 aku hilang tumpuan dan arah. Akhirnya, aku tulis satu perkataan berserta tiga tanda seru. Cukup setakat itu aku rasa. Seperti disangka, ramai lagi yang akan meluahkan kata2 sama dalam ruang komen -

Muram, tak mungkin aku gunakan satu perkataan lagi untuk entry kali ni. Lain kali aku tak pasti. Biarlah, aku dah lali dengan perasaan2 negatif ni. Dah biasa, tapi masih belum aku jumpa cara yang paling sesuai nak atasi. Aku layankan perasaan tanpa luahan kata2 pada sesiapa, ekspresi muka atau gerak geri mungkin ada. Pasti, ada yang sedar. Alah, perkara biasa. Abaikan, mungkin itu bisik hati mereka -

Gelora dalam tenang. Boleh jadi tajuk lagu ke? Tak mungkin. Tak komersil langung. Aku teruskan hari dengan keadaan begini. Sedar tapi takde kesedaran. Hari semakin hampir tapi sengaja dianggap jauh. Masa yang sesuai dan terdesak akan tiba. Waktu itulah aku akan beraksi hahaha -

Pagi. Turning point. Kesabaran menanti terbalas melebihi apa yang diharapkan. Seronok. Senyum dalam gelap.

Written by tongah

April 28, 2008 at 9:29 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Go!!!

Komen anda »

Sudah lama aku tak menulis. Hari ini, aku nak mula balik dari sudut baru. Aku harap aku dapat bagi nafas baru pada penulisan aku. Nama tetap sama, gaya penulisan mungkin masih setara, tapi yang aku ingin sangat adalah semangat yang baru -

Genap 5 hari lagi aku kena mengadap exam paper. Memang sekarang musim peperiksaan. Dah nama pun student, rasa nak belajar sebelum final tu tetap ada. Sekali lagi, semangat yang takde. Tertekan? Mungkin, tapi orang kata, dikit-dikit saja.

Tertekan? Lagi sekali. Sekeliling, menekan? Mungkin. Rasa macam aku perlu kerah tenaga. Tidak, salah tu. Tenaga tidak diperlukan, cuma ketenangan dan kesabaran untuk menghadapi tekanan yang sikit lagi boleh di kategorikan bertubi-tubi. Alah, asam garam kehidupan. Terima, ratap dan kemudian lupakan -

Written by tongah

April 26, 2008 at 11:50 pm

Dikirim dalam Uncategorized