Tak tau tajuk
Hari-hari aku buat benda sama. Dah naik muak aku. Satu sesi praktikal yang sangat membosankan.
Tugasan yang diberikan aku rasa tak berapa sesuai dengan seorang pelatih industri. Tapi apa yang mampu aku buat. Terima sajalah. Terpaksalah aku mengambil tempat sebagai ‘pekerja tetap’ di situ, tetapi dengan bayaran sebagai seorang pelatih industri. Bayaran pekerja-pekerja yang diimport dari luar juga lebih tinggi dari aku. Tak guna betul. Pengalaman? Aku rasa pengalaman yang aku dapat tidak mungkin dapat menarik mana-mana syarikat untuk menerima aku bekerja.
Biaq pi lah. Tinggal sebulan lebih je lagi. Kat sini biasalah kan. Macam-macam ragam manusia ada. Ada yang tak sudah-sudah tulis rantaian nombor dalam buku harian, ada yang tak sudah-sudah menggoda pekerja perempuan untuk dijadikan teman tidur, ada yang tak sudah-sudah mem’bluetooth’ video-video panas dari satu hp ke satu hp. Entah mana diorang dapat sumber aku pun tak tahu.
Biarlah manusia dengan perangai mereka itu. Pagi ini semua pekerja lelaki seakan memberontak. Supervisor memberi amaran kepada semua pekerja agar jangan merokok di dalam tandas atas sebab-sebab keselamatan. Mahu tak mahu mereka terpaksa mengikut arahan, tapi dengan sumpah seranah yang tak lekang langsung dari mulut diorang. Larangan merokok nampaknye berjaya untuk hari pertama. Tapi aku tak berapa pasti kalau lepas ni ada larangan-larangan lain. Tengahari aku masuk dalam tandas, ada satu pintu bertutup. Aku dengar bunyi suara. Aku yakin itu bunyi dari hp, mungkin lagu atau ringtone. Aku masuk pintu yang sebelah. Bunyi suara tadi makin jelas aku dengar. Tiada melodi (maknanya bukan lagu), tapi terus berpanjangan (maknanya bukan ringtone).
“Aaahh..Aaaahhhh…Yeahh…Aaahh..Aahhh…” Ahhhh….sudah….Benda itu rupanya. Aduhai, aku terkejut gak bila dengar bunyi tu. Macam lah takde tempat lain nak melayan benda tu. Tak sabar-sabar sampai tak sempat balik rumah. Dalam tandas tempat kerja pun jadi. Apa punya manusia lah ni. Sampai hari ini aku masih tak dapat tangkap siapa dia. Kalau aku dapat, aku buat poster nanti. Tulis kat situ, “Dilarang membawa telefon bimbit ke dalam tandas!!!” Aku pulak yang naik segan dan geli dengan perangai pekerja-pekerja di sini. Tak memupuk nilai-nilai murni langsung. Di manakah moral mereka?
teruk gila perangai bdk opis kau ni?
ko praktikal kat mne ni tongah?
aremierulez
Ogos 27, 2008 at 8:46 pm
nape tanak tgk sekali..? ketuk pintu tandas tu, tgk sekali dgn dak ofis yg gila lucah tu.. hahahaha
ninadw
Ogos 28, 2008 at 6:41 am
aku praktikal kat shah alam ni gak. join dorg? hahaha..tak senonoh betul sorg…ape dorg ingat video tu jadi bahan pelawas untuk buang air besar ke hehehe
tongah
Ogos 28, 2008 at 7:02 am
aku pun sama cam kau.. dibayar elaun praktikal je, tapi buat kerja permanent.. kononnya die kate, “tahniah, anda berdua terpilih sebagai resident employees. gaji tak naik ek, sori.” bile entah gaji nak naik? bilekah???
azrul.
Ogos 31, 2008 at 2:31 am
bonus: takde cuti merdeka. cuti raya minggu kedua kamis jumaat. tada!
azrul.
Ogos 31, 2008 at 2:34 am
alalalalaaaaa…
kesian ko cik…
bile pulak merdeka negara ko tu…
us ke uk?
cik…selamat hari merdeka dan selamat hari raya…
tongah
Ogos 31, 2008 at 3:18 am
aku.. polis hong kong, hahaha…
selamat memerdekakan diri, dan selamat kembali.
azrul.
Ogos 31, 2008 at 3:22 am
hongkong?
sama bulus ke?
tongah
Ogos 31, 2008 at 3:26 am
tak, dept aku kat PJ. die kat TPM. tapi kire sama bidang pekerjaan la..
azrul.
Ogos 31, 2008 at 6:27 am
Alaahai..lama tak g sini..emm.jgn tension2 ok!biasalah tu. practical.sume keje tolak ke kita.depa takmo plak buat keje..pe lah;p
Princess Liyana
September 3, 2008 at 2:08 pm
kesengalan terserlah…
zuriaf
September 21, 2008 at 5:06 am
kos makanan untuk tahanan ISA lagi tinggi dari kos makanan company aku kasi untuk staff. aku rasa daif.
nafsu mereka sedang membuak – buak bagaikan larva gunung berapi ataupun spt tenggiling yg gilakan anai – anai dalam busut.
jgn kau pulak jadi pervert
hahahaha
p/s:aku rasa SHIT masa tgk Liver vs Stoke ari tu
bulussan
September 24, 2008 at 6:42 am
layan bosan la tu sambil tunggu bahan buangan turun..
MIMI ZUZU
Julai 3, 2009 at 6:40 am