Sudut Tepi

Selesa di sini.

Gelak dalam hati

with 28 comments

Lepas sorang, sorang kawan-kawan seangkatan aku mengangkat kaki. Semua dah berjaya lepas dugaan dan cabaran sebagai seorang pelajar. Aku saja yang masih merangkak-rangkak dalam gelap nak cari haluan yang lebih tepat. Sekarang baru aku nak menyesal, dulu tak ingat masa depan. Tapi takpe, aku bukan nak post entry emo hari ni. Aku cuma nak ucapkan tahniah kat kawan-kawan aku semua. Semoga korang semua dapat kerja bagus-bagus dan tak lupa aku. Ha, kepada si Azrul yang bijaksana, aku booked kau punya gaji first. Aku nak nasi telur berlada, 1901, sausage Bkt Tinggi dan roti canai. Safe sikit gaji kau untuk aku. Ingat tu Azrul. Kepada yang lain-lain, kalau sudi nak sumbangkan gaji untuk aku pun boleh (Bulus dan lain-lain). Sila contact kat e-mail aku tau hehehe -

Aku rasa aku dah terdesak sangat nak cari tempat praktikal. Dah berkurun aku try cari, tapi tak dapat-dapat. Apalah malang nasib aku. Kalau tak dapat tempat praktikal, tak graduate la aku jawabnye. Hari-hari aku pikir pasal ni. Buntu dah aku-

Aku keluar pergi kedai, otak aku masih bingung pasal praktikal. Aku nampak sorang awek ni nak masuk kedai. Dari liuk lentoknya aku rasa aku kenal chaa ni. Aku cuba mengingatkan nama dia. Ya, nama dia Nani. 80% tepat aku rasa. Aku ikut ekor dia (mengekori) masuk ke kedai, tiba-tiba dia hilang. Aku pusing satu kedai tu nak cari dia. Sebab utama aku bukan nak mengorat, tapi nak tanya pasal praktikal. Dia ada sama-sama dengan aku masa praktikal 2 minggu lepas. Aku nak tau apa keputusan dia. At least, aku nampak dia kat kaunter. Aku terus tanya dia.

Aku : Weh, kau dapat ke praktikal tu?
Nani: Praktikal? (muka pelik)
Aku : A’ah, yang haritu tu…
Nani: …… (muka blur)

Aku menyeluk saku aku. Kiri. Kanan. Argghh… Tak bawa. Aku cuba cari handphone aku. Then, aku terus bayar dan jalan.

Aku : Sorry erh, salah orang.
Nani: (senyum sinis)

Aku dah salah orang. Malu gila aku rasa. Aku cari handphone tu sebenarnya nak cover line. Konon-konon aku tengah bercakap dalam telefonlah. Minah tu da senyum tak sudah. Nasib baik aku pakai helmet. Aku harap dia tak cam muka aku. Tapi aku tak kira. Dia tetap Nani. Aku taknak mengaku aku salah orang.

Written by tongah

Mei 12, 2008 pada 5:44 am

Dikirim dalam Uncategorized

28 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. praktikal? bidang apa encik? mana tahu saya boleh cadangkan dua tiga tempat.

    Salah orang? ya, saya selalu kena. Sebab kelam kabut tak pepasal.

    Bayan

    Mei 12, 2008 at 7:51 am

  2. bidang logistics la bayan..tu yg susah nak cari tu…

    tongah

    Mei 12, 2008 at 7:56 am

  3. nanti aku email ko bile da dapat gaji, haha..

    azrul

    Mei 12, 2008 at 11:31 am

  4. kalau kau malas nak belanja aku. kau boleh bagi cek je kat aku. aku flexible. boleh terima cek hahaha

    tongah

    Mei 12, 2008 at 3:06 pm

  5. terasa malu setelah baca entri nih..

    broken_nigina

    Mei 12, 2008 at 4:44 pm

  6. ko praktikal je kat tempat lame aku, kfc holding, bnyak kao bole belajo..abis praktikal, kao terus kerje punye lah..besar beb warehouse dia!!

    gaji pun ok …

    faerrin

    Mei 13, 2008 at 5:45 am

  7. boleh ke..macam jauh je..nak duduk mana lak aku nanti…

    tongah

    Mei 13, 2008 at 5:50 am

  8. dekat je ngah,kat area glenmarie..yg aku praktikal aritu kat hq..jalan sultan ismail, jauh la sket..tapi lau kat glenmarie, kao rempit pun lepas..tak sampai 20 minit pun

    faerrin

    Mei 13, 2008 at 5:53 am

  9. dekat je la tu..tapi camne nak apply..tak tau lak aku…

    tongah

    Mei 13, 2008 at 5:57 am

  10. salah org.. mesti malu ngan diri sendiri dan helmet itu pasti mengertawakan kamu.. :P

    fara

    Mei 14, 2008 at 2:27 am

  11. hahaha..kalau korang nak tau..brader kedai tu kenal aku..dia punda tersenyum2 sebenarnye hehehe

    tongah

    Mei 14, 2008 at 2:40 am

  12. haahahahaha…sungguh kelakar situasi kau masa tu aku rasa..kalau aku yang duduk kat kaunter tu, kompom dah gelakkan kau…

    zuriaf

    Mei 14, 2008 at 7:50 am

  13. heii youu.. nak jugaaaaak.. hahah..
    nani konooon.. hahah..
    nakal!!!
    to joned, nanti nina nak jugak kamu belanja. tapi tanak nasi telur tuh.. nak kenny rogers :p

    to abg riz, kita putus!!! muahahah..

    nina bukan nani

    Mei 14, 2008 at 7:51 am

  14. ooo…suka ko gelakkan aku erh fairuz…takpe…minggu lepas ko dah menangis kan hehehe…erh…nak gelak tu gelak la..tapi dalam hati je hehehe

    to NANINA:
    hehehe…jangan marah ye…tonga da booked first gaji joned..kalau NANINA nak…sila tggu gaji lain hehehe

    tongah

    Mei 14, 2008 at 7:57 am

  15. huhu:)kaber line baik punya. Mesti malu kan. Tapi, kalau btol dia nani, tapi buat2 tak kenal mcm mane?sakit jiwa kan?uhuhu
    Takpela. Lain kali tgk btol2 minah tu. hehe

    Princess Liyana

    Mei 15, 2008 at 3:49 am

  16. nak tgk btul2 segan..takut orang kata pervert hahaha…detail sangat nanti nampaknye hahaha

    tongah

    Mei 15, 2008 at 4:01 am

  17. you!!!

    *nina still lg bengang la pasal tu tongah.. huhuhu*

    nina

    Mei 15, 2008 at 8:13 am

  18. risau betul kau ni…
    sampai leh salah tegur….
    hehehe….

    aremierulez

    Mei 15, 2008 at 4:48 pm

  19. huhu.mana entry baru?:)

    Princess Liyana

    Mei 16, 2008 at 2:44 am

  20. NINA: sorry nina..tak cakap lg..tapi nama dat gurl memang nani..jadi entry ni bukan sengaja..huhuhu

    amirul: a’ah,aku risau gile..

    princess: belum sampai..belum..sikit lagi..hehehe

    tongah

    Mei 16, 2008 at 2:49 am

  21. CEPAT2 ckit.uhuhu:)

    Princess Liyana

    Mei 16, 2008 at 4:45 pm

  22. okayh…coming soon hehehe

    tongah

    Mei 16, 2008 at 4:49 pm

  23. :)

    Princess Liyana

    Mei 17, 2008 at 4:11 am

  24. hehe..kalau tengah kalut memang camtu la..kadang2 aku pun camtu

    athena

    Mei 17, 2008 at 6:19 pm

  25. update weeeeeeh

    joned

    Mei 19, 2008 at 12:10 pm

  26. UPDATE!uhuhu

    Princess Liyana

    Mei 20, 2008 at 2:45 am

  27. apdet!!!

    *nina tak marah sbb nani.. hikhikhik*

    nina

    Mei 20, 2008 at 4:21 am


Tinggalkan jawapan