Sudut Tepi

Selesa di sini.

Luar kawalan minda

with 12 comments

Berfikir sebelum bertindak, itu satu ungkapan yang selalu kita dengar dan amalkan. Setiap gerak-geri yang akan kita lakukan akan bermula dari akal fikiran kita. Tidak kiralah spontan atau disengajakan, semuanya bermula dari minda yang mampu mengawal tindak-tanduk kita. Aku bukan seorang pakar dalam bidang tingkah laku manusia, tidak juga pengkaji gerak-geri orang-orang di sekeliling aku. Tapi, mengikut pendapat aku, perlakuan manusia biasanya dipengaruhi oleh perasaan atau emosi mereka ketika itu.

Kalau kita perhatikan, apabila seseorang itu gembira atau senang hati, mereka akan sendirinya tersenyum atau ketawa. Begitu juga jika seseorang yang dalam kesusahan atau sedang menghadapi masalah. Kita dapat lihat dari riak muka yang muram atau mungkin juga menitiskan air mata. Tindak-tanduk manusia tidak hanya terbatas pada riak wajah atau bahasa badannya. Aku pandai-pandai mengkategorikan kata-kata atau luahan dalam tindak-tanduk manusia sebagai reflek dari emosi mereka.

Aku bagi contoh di sini, bila seseorang itu menemui kawan atau kenalan, biasanya dengan sendiri dia akan menyapa atau memberi salam. Seperti entry aku yang sebelum ini, ia seperti tindakan yang sudah biasa diamalkan dan menjadi fitrah kepada kita manusia. Jika kita sayang akan sesorang, kata-kata yang akan diluahkan sudah pasti saya sayang awak atau I love U. Banyak lagi contoh-contoh lain termasuklah makian atau cacian yang lahir dari emosi marah dan kurang senang –

Ada ketikanya, minda kita tidak dapat mengawal tingkah laku dengan sebaiknya. Ekspresi atau tutur kata yang diluahkan langsung tidak kena dengan keadaan. Mungkin ketika itu minda mengalami masalah atau kurang tumpuan. Atau mungkin juga terlampau tumpukan satu perkara yang lain. Aku tau, perkara ini jarang berlaku atau mungkin susah sangat untuk berlaku. Tapi harus diingat, manusia pasti pernah melakukan kesilapan.

Malam tadi aku pegi McD. Niat utama nak try Mega Mac. Burger yang lebih sikit dari basa. Aku teruja dengan burger yang berlapis-lapis ni. Aku hilang tumpuan seketika. Aku rasa kesemua deria aku tertumpu pada daging yang bertingkat-tingkat kat burger tu. Sebelum gigitan pertama, aku baca doa. Hmmm. Tumpuan dah hilang, minda tak terkawal. Yang keluar adalah doa penerang hati. See. Manusia selalu melakukan kesilapan. Kerana sebiji burger pun boleh hilang akal.

Written by tongah

Mei 9, 2008 pada 12:31 am

Dikirim dalam Uncategorized

12 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. aku pun nak try gak la buger tu..macam teruja je..tingkatnya dah bertambah kan..?

    zuriaf

    Mei 9, 2008 at 2:32 am

  2. serius betul post ni. nak baca pun takut. ahah. ;)

    aishah

    Mei 9, 2008 at 7:38 am

  3. fairuz – try la..aku mcm nak kena try lg sekali. semalam tak dpt berapa rasa kenikmatan dia hehehe

    aishah – hahaha..serius ke?ok..silap gaya penulisan kot..hahaha

    tongah

    Mei 9, 2008 at 8:50 am

  4. semoga terang hati sewaktu memakan burger tersebut.

    broken_nigina

    Mei 9, 2008 at 9:13 am

  5. air penerang hati aku tau la.. tapi burger penerang hati? hahaha…

    aku selaku saksi kejadian nak gelak lagi, hahaha…

    azrul

    Mei 9, 2008 at 4:06 pm

  6. hahaha…aku pun sentiasa tergelak ni…burger penerang hati..satu resipi baru ke? fasfood mana satu hehehe

    tongah

    Mei 9, 2008 at 4:14 pm

  7. owh hai.. tumpang lalu..
    berger? nyum nyum!

    t.a.t.a

    Mei 10, 2008 at 12:27 pm

  8. McD? Burger baru?

    Kena ajak aremierulez cepat2

    hehe

    athena

    Mei 10, 2008 at 2:57 pm

  9. burger baru??
    aku nak kumpul happy meal toys.. hehehe

    fara

    Mei 12, 2008 at 3:38 am

  10. ala..yang ni tak dapat toys..yang ni dapat kotak burger je..kalau kau nak kumpul gak..kau boleh kumpul duit..buat beli toys hehehe

    tongah

    Mei 12, 2008 at 3:47 am

  11. huhu. tula makan McD tak ajak:p
    Kan dah lupa dah salah baca doa. Bila nak blanje princess McD?

    Princess Liyana

    Mei 15, 2008 at 3:53 am

  12. belanja princess makan McD?kalau letak je kat meja princess boleh?
    hehehehe…letak senyap2 hehehe

    tongah

    Mei 15, 2008 at 4:00 am


Tinggalkan jawapan